Saturday, May 17, 2014

Pemuzik

Ben dah bersiap sedia dengan Fender Acoustic di tangannya sementara Nad masih lagi membetulkan tuning Ibanez kesayangannya. Apabila semua tali dah tune, dia menyimpan kembali tuner kedalam kotak kecilnya dan disumbat kedalam poket tepi beg gitar Ritternya.


Fira dah ready dekat drumset dengan drumstick diputar putar ditangan menghilangkan bosan. Cak Aye pulak dari tadi duk test mic. Testing 1,2,3. Testing testing.

'5,6,7,8..'

Tali Fender dipetik untuk solo dan diikuti Ibanez oleh Nad. Lebih kurang satu rangkap solo dimainkan Ben, Fira mula membuat rolling diatas Pearl drumset. Memang drumset kesayangan lah. Dah sampai maasanya, Cak Aye mula menyanyikan lagu 'Trish'.


Boonga Muzic Studio bergegar lagi dengan dentuman drum dan diharmonikan dengan gitar dan lirik lagu.


'Cantik! Perfect.' Ben tersenyum.

'Korang dah penat belum ni? Aku nak balik lah rasanya.' Nad mula bertanya.

'Apasal awal sangat?' Fira mula berkerut tidak mengerti.

'Aku ada assignment tak siap lagi. Maklumla aku kan, memang buat kerja last minute.'

'Hah, yelah kau. Kau yang buat kerja last minute, kitorang yang tak sempat nak duduk sini lama lama.' Cak Aye mula bersuara.


'Hahaha. alaa, lain kali kan ada masa lagi. Korang jangan la risau sangat.' Nad sengih macam kerang busuk.


'Jap, sebelum balik jom pekena Nando's dulu.' Fira memberi cadangan. Memang kerja makan aje dia ni.

'Bolehlaa. Aku pun lapar ni.' Cak Aye dan Ben mula berkemas semangat nak makan Nando's.


Semua keluar daripada studio. Fira ke kaunter untuk membuat bayaran pada cashier.

'Takpela, Fira. Tak payah bayar. Uncle kau kata kalau kau orang datang sini tak payah bayar pun.' Rusli buat muka seposen.

'Eh. Mana boleh macam tu, business kan? Kenala bayar.' Fira menolak pelawaan Rusli.

'Takpelaa, Fira. Uncle kasi kau orang guna free je. Lagipun uncle ni pakcik kau jugak kan.' Uncle Shamsul muncul dari belakan kedai.

'Eh, uncle. Assalamualaikum. Oklah macam tu, Fira pergi dulu ya.' Mereka berempat melambaikan tangan pada Uncle Shamsul.

*************


'Hah, nak makan apa?' Cak Aye mula nak memesan pada waiter.

'Macam biasalah, Peri Peri Chicken. Yang lain' Nad mula memesan.

Setelah semua memesan menu makanan mereka, masing-masing mula on kan telefon. Sekarang, zaman internet. Fira mula bukak blog Bakal Doktor. Cehh.

*************


Persoalan yang muncul dekat sini ialah, Eh, main alat muzik bertali dan meniup haramkan?

Aduh, aku sendiri bukan pakar sangat. Tak banyak mana ilmu mana.

Tapi ini mengikut apa yang aku tau lah.


Terdapat DUA Khilaf Ulama' iaitu HARAM dan HARUS.


Jangan kita bertelagah dalam hal yang khilaf. Kita kena berlapang dada. Kecuali dalam bab yang tiada khilaf, barulah ktia boleh bertegas, contohnya Arak itu haram, tiada khilaf.

Sebahagian Ulama' ambil Nas dari hadis, sebahagian yg lain ambil Nas dari Al-Quran..


Hujjah yang HARAM: 

Antara alat muzik yang sering digunakan dalam mendendangkan sesebuah nyanyian ialah gitar. Namun, penggunaan alat muzik berkenaan atau bertali dan seumpamanya menjadi perselisihan pendapat ulama sejak dulu lagi. Antara mereka ada yang mengharuskan dan ada pula yang mengHARAMkannya berdasarkan hujah masing-masing. Bagi golongan ulama yang mengharamkan alat muzik berkenaan, hujah mereka bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam. Dia memerintahkan aku menghapuskan al-Mazamir (alat muzik yang ditiup seperti seruling) dan al-kabarat (gambus dan alat muzik bertali) serta berhala yang disembah di zaman jahiliyyah." (Hadith riwayat Ahmad)

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pengharaman alat muzik bertali dan ditiup dengan mulut kerana ia menjadi simbol kepada golongan peminum arak pada masa itu. Oleh itu, alat muzik berkenaan diharamkan berikutan pengharaman arak dengan tiga sebab. Pertama, peminum arak lebih bernafsu seronok apabila mendengar muzik itu. Kedua, mereka yang berhenti minum arak akan mengingati semula kenangan ketika minum arak dan boleh membangkitkan rasa rindu untuk mengulangi tabiat lama. Ketiga, berhimpun dan berkumpul mendengar hiburan dan muzik adalah kebiasaan perbuatan orang fasik. Pengharaman itu berdasarkan kepada tegahan Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menyerupai sesuatu golongan yang negatif (melakukan perkara dilarang) kerana dia akan dianggap sebahagian daripada golongan itu.


Hujjah yang HARUS: 

Golongan ulama yang mengHARUSkan penggunaan alat muzik pula, berpendapat bahawa setiap sesuatu perkara hukum asalnya adalah harus. Ia berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:29 yang bermaksud "Dialah Allah yang menciptakan untuk kamu setiap sesuatu yang ada di bumi." Oleh itu, pengharamannya bukan disebabkan oleh zat alat muzik berkenaan yang bertali, kerana ia menghasilkan bunyi yang baik dan menyeronokkan. Mengikut rumusan yang diperoleh melalui sumber hukum membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal, kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia. Firman Allah surah al-A'raf :32 yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad); Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-Nya, dan demikian juga benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakan-Nya?


Kedua-dua khilaf tersebut boleh diamalkan. Wallahua'alam~


*Kalau main alat muzik seperti gendang yang tidak ditulis hukum HARAM sampai tertinggal solat, jatuh hukum HARAM juga padanya. Kerana melalaikan. Jadi, main dengan niat belajar. Bukan niat bergembira sehingga lupa segala-galanya.

Assalamualaikum.

Friday, May 16, 2014

Sentap

kredit


Kredit kepada Encik Fesbuk. Aku jumpa benda ni. Pehh, panas baca.


Satu : Sebab aku perempuan. So rasa macam bapak kesian perempuan diperlakukan sebegini. Nak tumbuk sepak pun pegila tumbuk sesama jantina.

Kedua : Bila dah baca sampai nak habis, orang ketiga tu kurang ajar sangat. Bukan nak tolong, boleh bertanding pulak.

Ketiga : Derr, adik kau? Kau tak layak jadi abang dia kalau kau sekadar tengok je.

Keempat : Bila baca sampai habis, pehh, sentap. Aku rupanya orang ketiga tu.


Terus marah dari yang pertama sampai ketiga tu lenyap. Tapi, marah pada diri sendiri yang tak sedar lagi. Tak sedar bahawa mereka perlukan pertolongan kita. Sekarang baru nak sedar. Sekarang baru nak terasa.


Nad tersandar tepi katil sambil membelek belek account fesbuknya yang agak dah lapuk dah berhabuk tu. Bila jumpa artikel atas tu terus ditunjukkan pada Ben.

'Woi Ben. Ce kau baca ni. Sentap aku baca.'

'Mende gok mung ni.'


Ben ambik fon Nad dan terus baca. Fokus baca. Tapi bila dah habis baca, muka pelik keluar.

*Gulp


Apakah? Gua terasakah ni? Ben merenung jauh.

'Dah bak sini fon aku balik.' Nad memecahkan kesunyian.

'Nad, kau rasa apa bila baca tu?'

'Entahlah weh. Nak aje aku pergi buat bantuan kemanusiaan. Tapi macam apa je yg aku boleh tolong.'

'Takpe, tolong dalam doa pun boleh Nad.'


********


Fira dengan Cak Aye tengah order chatime satu sorang. Yang Fira memang konfem beli Horlick Ice. Cak Aye pulak tak habis habis dengan Passion Fruit dia tu. Kegemaran la sangat sampai sabun mandi pun passion fruit wahaha.


Sambil duduk berdepan dalam Nando's dekat hujung penjuru yang kosong sikit. Dah pening dengan ramai sangat orang dekat kolej.


Pening dengan bau formalin jugak tadi dekat lab masa tutorial.

Nad order Peri Peri Chicken dan Cak Aye pulak order Chicken Strips and Rice. Nilah bila lepas lab je, mesti nak makan dekat Nando's. Masing masing kelaparan.

'Yes, dah sampai pun food kita.'

'Haah, cepat betul servis. Alhamdulillah, aku lapar dah ni.'

Nad dengan selama nak makan terus. Tangan dah pegang ayam.

'Woi, Nad. Dah tak reti baca doa ke kut ya pun lapar?'

'Eheh, sorry la. Jom.'

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma bariklana fima razaktana waqina 'azabannar.

Aamiin.


'Ha kau! Syoknya makan sampai tak sedar aku sampai eh, Nad.' Fira dan Ben tersengih macam kerang busuk lepas memeranjatkan Nad yang syok sangat makan.

'Tak baik lah kau Fira, Ben. Nasib baik aku tak tersedak tulang ayam ni. Kalau makan kacang dah lama tersedak.'

Hahahaha. Semua tergelak macam baru lepas jumpa Mr. Bean. Eh, memang jumpa Miss Ben. Hahaha.


Fira dan Ben ambil tempat duduk dekat meja Nad dengan Cak Aye. Terus order makan jugak.


'So, amacam? Usrah kita malam ni jadi tak?' Cak Aye memecah kesunyian.

'Jadilah, takkan tak jadi pulak. Semua mad'u yang lain dah ready katanya. Malam ni antara maghrib isyak.' Fira memberi keputusan muktamad.

'Ada soya bean tak kat sini? Aku nak laaa.' Ben tak pasal pasal sebut pasal soya bean.

'Ya Allah dia ni tak habis habis soya bean dia. Nanti kita carilah kat kedai sebelah sebelah.' Cak Aye memberi cadangan.

'Apa yang kau baca tu Nad?' Ben bertanya.

'Ni haa, belog budak doktor. Macam best je. Ada nama aku pulak tu. Wahh. Best pulak belog ni.'

*Eheh, entap apa apa. Puji belog sendiri.


Bila semua dah siap makan, mereka beredar dari situ.


Dalam kereta, dengar azan. So, stop dekat Forever 21 dulu lah. Solat. Dekat sini, susah nak jumpa masjid, surau. Kalau nak solat pun dekat shopping mall. Ambik wudhu' dekat toilet lepas tu biasanya singgah fitting room forever 21. Ambik baju, acah acah nak try tapi masuk fitting room solat. Hostel jauh lagi nak sampai.

Masuk je mall, nampak ada mak cik ni, macam kesian je. Tak tau kenapa kakinya berbalut. Luka agaknya.


Nak biar ke nak tolong? Tapi teringat kisah dekat fesbuk tadi. Tolonglah. Dapat saham pahala nak masuk syurga.


'Assalamualaikum.' Fira menyapa.

Pakai tudung. Islam kot.

'Waalaikummussalam.'

'Are you okay? Can I help you?'

'Im okay. But can you help me dress this wound?'

'Oh, yes.' 


Nilah masanya nak mempraktikkan ilmu ilmu yang aku dah belajar masa sertai BBulan sabit Merah Malaysia dulu. Certified First-Aider kot. Eheh, terbajet pulak.

Balut punya balut. Cantik dah kaki mak cik ni aku balut. Boleh tahan jugak ilmu aku yang dah berkarat tu. Chewah.


*******

Hidup ni banyak cubaan musibah. Depan mata je. Tanpa kita sedari, kekayaan juga dugaan untuk kitta. Allah nak test kita sama ada kita bajet tak dengan kekayaan kita, kepandaian kita. Riak ujub takabbur tu muncul tak?

Kita je tak sedar. Tau tau nak accuse Allah ni taknak bagi apa yang kita nak.

Bukan apa, Allah bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak.

Boleh jadi apa yang kita mahu itu buruk bagi kita dan apa yang kita tidak mahu itu baik bagi kita.


Sebagai contoh, pasangan couple ni. Dah tau couple haram, bercouple jugak. Aisehman.

Okay ceritanya begini, Si Lelaki sedih tahap gaban (bukan gabbana ye) bila Si Perempuan mintak clash. Maklumlah, Si Perempuan ni cantik jelita, memang rugi la kalau terlepas.

Tapi, fikir tak mungkin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Disitu kita nampak Si Lelaki tu tak bergantung pada Allah. 


Lagi satu macam tadi, ada orang sakit. Tu pun dugaan untuk kita. Kita nak tak tolong orang tu.
Kalau rasa takde masa tak sempat nak tolong, percayalah Allah Maha Kaya. Boleh je Dia bagi masa panjang pada kita sekadar nak tolong orang sakit.



So, macam tu lah kehidupan kita. Sentiasa bersyukur dan beramal soleh. Amal makruf nahi mungkar kata kau!

Okay bai. Assalamualaikum.




Thursday, May 15, 2014

Terfikir

Dari mana datang nama Cak Aye dengan Ben. Dua dua perempuan tu. Bila fikir balik, dua nama tu wujud dalam hidup aku. Tapi dua dua lelaki. Yang penting semua cerita ni tak melibatkan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Haih masa aku buat cerita tak terfikir sape sape pun nama tu.


Konon nak buat kelainan. Kelainan jadi common pulak bila nama yang aku guna tu ada pemiliknya.

Tapi jgn risau cerita masih belum tamat. Banyak lagi kisah pasal Nad, Fira, Cak Aye dan Ben.


Ben atau nama asalnya Baiduri. Tapi Ben suka minum soya bean. Jadilah Ben.

Sekarang menuntut di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) dalam bidang medicine. Sama dengan Nad. Memang cita cita diorang dua nak jadi doktor. Nak bantu rakyat Malaysia.

Lain pulak dengan si Fira dengan Cak Aye. Diorang dua ni ambik bidang dentistry dekat RCSI jugak. Itulah titik pertemuan empat orang sahabat ni.


Sampai sekarang dah macam family. Geng usrah lah katakan. Ukhuwah geng usrah ni memang macam haemoglobin dengan carbon monoxide la katakan. Kalau sesi usrah semua datang, semua bukak mata, bukak telingan, bukak tangan nak tadah ilmu baru.


Orang kata semua ilmu Allah. Tapi pentingkanlah ilmu yang berguna yang boleh dibawa sampai mati nanti.

Itulah ilmu yang perlu diutamakan. Kebanyakan ilmu kita belajar tapi cuba fikir balik, boleh guna masa disoal di akhirat nanti ke? Entahlah.

Fikirlah.


Sunday, May 11, 2014

Rindu

prodigy


Assalamualikum :))

Kembali semula. Cehh, padahal baru tadi jugak post yang bawah. Entah apa apa.


Okay laaa. Rindu. Rindu pada Dia. Dia siapa? Dialah. Siapa??


Yang mencipta kita semua. Penguasa seluruh alam.semesta. Yang merindui kita sedangkan kita melupakanNya. Kita merindui manusia sedangkan manusia melupakan kita.


Bila kita berjalan kearahNya, Dia berlari menyambut kedatangan kita. Dia yang tak pernah makan hati dengan kita. Makan dalam pun tak. Tapi kita, Tak dapat jumpa seseorang dah makan dalam dengan Dia.


Siiapalah kita nak bandingkan dengan Dia.


'Nad, kau sedar tak sesuatu?' Fira  memulakan perbualan.


'Apa???'


"Allah tu. Dia baik'


'Memanglah Allah SWT baik'


'Kau rasa kau ada tak buat Dia sakit hati?'


'Ada. Banyak rasanya.'


'Kau rasa dia redha tak dengan apa yang kita semua buat jahat atas muka bumi Dia ni?'


'Entahlah. Aku tak tau.' Nad meletakkan kepala atas bahu Fira.

 Sudah biasa begini. Rapat kan. Jangan anggap lesbian pulak. Inilah ukhuwah.


'Cuba kau bayangkan kita ada masa zaman Nabi Luth AS. Zaman tu ramai lesbian kan?'


'Haah.'


'Lepastu Allah tak redha dengan perbuatan kita semua, terus diterbalikkan bumi. Kau rasa tak yang Allah tu begitu penyayang. Kita tak sedar. Bumi ni menangis sebab terlalu banyak kemungkaran berlaku diatas bumi ni. Tapi Allah tetap reda dengan apa yagn kita semua buat.'


Kadang kadang bila fikir balik, aku pun terasa jugak. Banyak kemungkaran atas dunia ni. Yang aku sendiri buat.


'Fira, aku rasa kalau aku bertaubat sejuta kali pun banyak lagi dosa aku. Bolehke Allah ampunkan aku?'


'Jangan cakap macam tu. Allah tu Maha Pengasih Maha Pengampun Maha Pemurah Maha Kaya. Haa, nak apa lagi? Semua Allah boleh buat lah. Semua. Takde satu pun yang Allah tak boleh buat. Apa kau nak, apa kau mintak, walaupun kau tak menadah tangan, tak sebut kuat kuat, tak menangis meleleh air mata, Allah tetap dengar Nad.'


'Tapi Nad, masalah kaum kita agak banyak atas muka bumi ni. Masalah sosial terutamanya.'


Nad mula bercerita. Bila kita imbas kembali. 



Zaman dulu, susahnya nak jumpa orang yang pakai niqab, purdah, jilbab. Kerana apa?


Kerana mereka nak mengelakkan diri daripada jumpa ajnabi. Nak memelihara diri mereka.


Tapi sekarang, nak cari niqabis?

Bukak je instagram.


Aku sendiri bukanlah niqabis nak cakap macam macam pasal benda ni. Banyak jugak niqabis akan terasa bila tajuk ini disentuh. Cuma, aku tak faham kenapa perlu terasa?

Kalau benar laa pakai niqab untuk memelihara diri, kenapa perlu terasa?

Orang kata, sape makan cili dia terasa pedasnya.

Pedas ke?


Kalau rasa pedas, maksudnya Allah buka hati kita untuk perbetulkan niat kita. Bukan untuk memaki org yg menegur. Dan allah uga buka hati kita untuk sama sama membangunkan ummah.


Bukan untuk menjatuhkan ummah.

Sedih.


Aku banyak dapat comment daripada apa yang aku lontarkan diatas.

Ada yang berkata, kita tak tahu niat dia, siapa kita nak mempersoalkan niat orang.


Maaflah, ayat aku tersalah. Dan terhentam hati kau. dan terbuat kau rasa pedas. Nanti aku kirimkan air.


Tapi, tak salah jika kita sama sama mengingati sesama sendiri. Bukan menghentam sesama sendiri.


Lagi satu Allah tidak memerintahkan kita untuk pakai tudung labuh. Tapi Allah memerintahkan kita melabuhkan tudung sehingga menutup dada.

Nak tahu macam mana?


Okay, pakai tudung.

Letak tangan seperti qiyam dalam solat.

Tengok, kalau tudung tu dapat tutup tangan kita, okay.

Tapi, kalau tak, labuhkan lagi sampaidapat tutup tangan kita.


Sebab tulah, pakaian yang tidak boleh dibawa solat juga tidak boleh dibawa berjalan keluar dibawa sampai seinci dari muka ajnabi.

Kan mana tau nanti, kita nak solat dekat R&R ke, telekung habis. Boleh la kita terus solat dengan pakaian  kita tu. Asalkan ada wudhu' dan pakaian bersih.


 Yang penting segala perbuatan kita dimulakan dengan niat.

Setiap hari betulkan niat.


Betulkan niat sebelumke sekolah. Belajar kerana Allah, bukan belajar kerana exam.

Tapi dewan exam itulah tempat kita berjuang. takde senapang tapi senjata kita hanyalah sebatang pen.

Dimana mana pun kita berjuang. Terutamanya menegakkan Islam dimata dunia. 



'Nad, Nad. Bangun. Dah lama sangat kau tidur ni. Nanti terlambat masuk kelas.' Cak Aye mengejutkan Nad sambil Ben mengemas buku.


'Wehh, tadi aku mimpi Fira.'


'Dah laa, Fira dah takde. Untung kau dapat mimpi dia. Aku rindu dia jugak.' Cak Aye membalas pandangan Nad.

Ben hanya tersenyum.


Mereka berjalan pergi.


'Fira, terima kasih. Aku rindu kau.' detik hati Nad.


'

Untuk Ibu.


Credit gambar kepada encik Google. Aduh, takde camera sebegitu canggih nak tangkap sebegitu cantik.


Cantik kan?

Si ibu sungguh cantik.


Tak kiralah cantik matanya, hidungnya, mulutnya, rupanya. Dia tetap ibu tercantik di dunia untuk aku. Juga untuk orang lain.


Mungkin ada yang membenci ibunya. Tapi dia tak sedar, setiap hari ibunya ingat pada dia.


Percayalah, dari kecil kita selalu buat ibu susah untuk tidur malam.

Dari kecik, kita menangis masa orang tidur.

Mintak susu.


Dah besar sikit, main macam macam sampai sepah. Sepah rumah sepah baju.

Tapi kita maih tak pandai bercakap untuk minta maaf.


Tapi ibu tak menuntut pun perkataan maaf itu keluar dari mulutnya. Malah, dah lama dia maafkan kesalahan kita.


Bila dah remaja dah reti keluar dengan girlfriend atau boyfriend (tak semua tapi kebanyakannya)

Eheh, macam kau tak buat je. Emm, aku kurang sosial. Yelah tu. Bukan nak tunjukkan diri bagus. Tapi aku tak duduk dekat dengan rumah kawan nak keluar selalu.


Blog ni macam luahan perasaan pulak. Tapi memang pun blog dah macam diari. Okay cukuplah luahan.


Tapi, bila kita dah besar, kita cakap pada ibu kita, 'Mak jangan risau, saya dah besar'


Dalam hati seorang ibu, anaknya tetap seperti anak yang masih perlukan lindungan dan perhatian. Tak pernah besar di mata seorang ibu.

Selagi anak tak sampai rumah, ibu tetap akan tunggu sampai anaknya tiba di rumah dengan selamat.


Ibu dah korbankan banyak benda.



Tapi satulah, aku tak nampak apa sambutan hari ibu yang sepatutnya bermakna ni. Hari ibu tu hari hari. Tapi adakah hari hari kita tolong ibu kemas rumah?

Masak?

Gembirakan hati ibu?


Macam tak je, malah ada yang tengking ibu,
buat ibu macam hamba,
macam maid,
takde tolong ibu sikit


Tapi tak semua macam tu, macam aku lah contohnya. Eheh, perasan pulak.

So, sambutlah hari ibu yang sebenarnya.


Pastikan hati ibu senang.

Selamat Hari Ibu, ibu!!!


Saturday, May 10, 2014

Rantai Emas.

Assalamualaikum.


Rantai emas. Cantikkan? Bukan rantai emas je yang cantik, apa apa berunsurkan emas pun cantik.


Tapi aku tak kaya nak pakai emas dekat badan sendiri. Yelaa, sape je pakai baju seluar topi undies sepit rambut socks emas?? Mungkin ada zaman dulu yang istana emas tu. Wauu kaan??


Aduhai, bestnya kalau ada rumah emas.

Tapi terfikir tak kalau kita ada segalanya, riak ujub tu akan timbul?? *Eheh, diri sendiri ni pun kadang kadang camtu jugak.


Okay tu bukan cerita sebenar.



Ceritanya bermula macam ni.Aku terbaca satu pamplet promosi emas. Untuk raya kot. Tapi untuk Hari Ibu pun boleh. Tapi.......



Tajuk utama ditulis sebegini,

LANTAI EMAS, LANTAI EMAS. MURAH. PROMOSI LANTAI EMAS.


Ha Ha Ha Ha.

Takpe aku tau tulaa bukti yang pamplet tu orang cina yang buat.


Tapi bila difikirkan balik, mungkin dia nak promosi lantai rumah dibuat daripada emas kot. Macam zaman dulu yang aku ckp tadi.

Okay so jom flashback pamplet tu balik.


Eh betullaa lantai emas. Ada gambar rantai emas. Takde pulak gambar lantai rumah.

Okay confirm ni org cina.

**********



Dulu dekat Kem PLKN Warisan, Masjid Tanah, Melaka

Ada sorang kawan aku ni, namanya Bang Man Ling a.k.a. Wendy.

Dulu aku 2 balak, ataupun Ketua Kompeni la. Jadi everytime roll call mesti kena command. Tapi satu laaa command yang best.

'Ke Kanan Lurus!'


Wendy ada volunteer sekali nak ganti aku, aku pun bagi chance je laa. Yang menjadi ceritanya bila dia wujudkan satu command baru.



'Ke Kanan Lulus!'


Ha Ha Ha Ha.

Maklumla kebanyakannya chinese sebut 'r' jadi 'l'.


Jadi adala sambungannya.


'Ke Kanan Lulus, Ke Kiri Gagal.'


*Cramp perut gelak



Nilah dia kompeni terbaik Delta Kumpulan 1 Siri 11/2014

Alhamdulillah

                                    prodigy

Assalamualaikum!

Harini keluar result upu. Tadi pukul 12 tgh hari.

Alhamdulillah dapat Universiti Malaya. Yeayy! Lompat gembira. *sujud syukur kemana. Eheh. Teruk betul aku ni.

Daripada awal pergi interview UM memang agak tough sebab ramai kan. Dari Johor je berapa ramai. Penuh dewan. Dari negeri lain tak tau lagi.

Aku group kedua dalam sepuluh orang terawal. Terkejut jugaklah sebenarnya sebab baru duduk baru berbual dgn schoolmate yg ramai sangat sama time interview. Tiba tiba nama dah kena announce.

Okay bai. Gua masuk bilik interview dulu derr.

Alahmdulillah interview tak susah mana. Soalan pun so so laa.

So harini dah diberikan rezeki dari Allah SWT tapi still tak tau lagi lah macam mana. inshaAllah dipermudahkan segalanya.

Siapa dapat UM jugak raise your hand!!!

Or dapat universitit mana pun cerr comment. Meh sini kongsi berita gembira kaaan.

Okaylah, terima kasih sebab menjenguk blog yang agak best ni. Eheh, entah apa apa.

Bai. Assalamualaikum.