prodigy
Assalamualikum :))
Kembali semula. Cehh, padahal baru tadi jugak post yang bawah. Entah apa apa.
Okay laaa. Rindu. Rindu pada Dia. Dia siapa? Dialah. Siapa??
Yang mencipta kita semua. Penguasa seluruh alam.semesta. Yang merindui kita sedangkan kita melupakanNya. Kita merindui manusia sedangkan manusia melupakan kita.
Bila kita berjalan kearahNya, Dia berlari menyambut kedatangan kita. Dia yang tak pernah makan hati dengan kita. Makan dalam pun tak. Tapi kita, Tak dapat jumpa seseorang dah makan dalam dengan Dia.
Siiapalah kita nak bandingkan dengan Dia.
'Nad, kau sedar tak sesuatu?' Fira memulakan perbualan.
'Apa???'
"Allah tu. Dia baik'
'Memanglah Allah SWT baik'
'Kau rasa kau ada tak buat Dia sakit hati?'
'Ada. Banyak rasanya.'
'Kau rasa dia redha tak dengan apa yang kita semua buat jahat atas muka bumi Dia ni?'
'Entahlah. Aku tak tau.' Nad meletakkan kepala atas bahu Fira.
Sudah biasa begini. Rapat kan. Jangan anggap lesbian pulak. Inilah ukhuwah.
'Cuba kau bayangkan kita ada masa zaman Nabi Luth AS. Zaman tu ramai lesbian kan?'
'Haah.'
'Lepastu Allah tak redha dengan perbuatan kita semua, terus diterbalikkan bumi. Kau rasa tak yang Allah tu begitu penyayang. Kita tak sedar. Bumi ni menangis sebab terlalu banyak kemungkaran berlaku diatas bumi ni. Tapi Allah tetap reda dengan apa yagn kita semua buat.'
Kadang kadang bila fikir balik, aku pun terasa jugak. Banyak kemungkaran atas dunia ni. Yang aku sendiri buat.
'Fira, aku rasa kalau aku bertaubat sejuta kali pun banyak lagi dosa aku. Bolehke Allah ampunkan aku?'
'Jangan cakap macam tu. Allah tu Maha Pengasih Maha Pengampun Maha Pemurah Maha Kaya. Haa, nak apa lagi? Semua Allah boleh buat lah. Semua. Takde satu pun yang Allah tak boleh buat. Apa kau nak, apa kau mintak, walaupun kau tak menadah tangan, tak sebut kuat kuat, tak menangis meleleh air mata, Allah tetap dengar Nad.'
'Tapi Nad, masalah kaum kita agak banyak atas muka bumi ni. Masalah sosial terutamanya.'
Nad mula bercerita. Bila kita imbas kembali.
Zaman dulu, susahnya nak jumpa orang yang pakai niqab, purdah, jilbab. Kerana apa?
Kerana mereka nak mengelakkan diri daripada jumpa ajnabi. Nak memelihara diri mereka.
Tapi sekarang, nak cari niqabis?
Bukak je instagram.
Aku sendiri bukanlah niqabis nak cakap macam macam pasal benda ni. Banyak jugak niqabis akan terasa bila tajuk ini disentuh. Cuma, aku tak faham kenapa perlu terasa?
Kalau benar laa pakai niqab untuk memelihara diri, kenapa perlu terasa?
Orang kata, sape makan cili dia terasa pedasnya.
Pedas ke?
Kalau rasa pedas, maksudnya Allah buka hati kita untuk perbetulkan niat kita. Bukan untuk memaki org yg menegur. Dan allah uga buka hati kita untuk sama sama membangunkan ummah.
Bukan untuk menjatuhkan ummah.
Sedih.
Aku banyak dapat comment daripada apa yang aku lontarkan diatas.
Ada yang berkata, kita tak tahu niat dia, siapa kita nak mempersoalkan niat orang.
Maaflah, ayat aku tersalah. Dan terhentam hati kau. dan terbuat kau rasa pedas. Nanti aku kirimkan air.
Tapi, tak salah jika kita sama sama mengingati sesama sendiri. Bukan menghentam sesama sendiri.
Lagi satu Allah tidak memerintahkan kita untuk pakai tudung labuh. Tapi Allah memerintahkan kita melabuhkan tudung sehingga menutup dada.
Nak tahu macam mana?
Okay, pakai tudung.
Letak tangan seperti qiyam dalam solat.
Tengok, kalau tudung tu dapat tutup tangan kita, okay.
Tapi, kalau tak, labuhkan lagi sampaidapat tutup tangan kita.
Sebab tulah, pakaian yang tidak boleh dibawa solat juga tidak boleh dibawa berjalan keluar dibawa sampai seinci dari muka ajnabi.
Kan mana tau nanti, kita nak solat dekat R&R ke, telekung habis. Boleh la kita terus solat dengan pakaian kita tu. Asalkan ada wudhu' dan pakaian bersih.
Yang penting segala perbuatan kita dimulakan dengan niat.
Setiap hari betulkan niat.
Betulkan niat sebelumke sekolah. Belajar kerana Allah, bukan belajar kerana exam.
Tapi dewan exam itulah tempat kita berjuang. takde senapang tapi senjata kita hanyalah sebatang pen.
Dimana mana pun kita berjuang. Terutamanya menegakkan Islam dimata dunia.
'Nad, Nad. Bangun. Dah lama sangat kau tidur ni. Nanti terlambat masuk kelas.' Cak Aye mengejutkan Nad sambil Ben mengemas buku.
'Wehh, tadi aku mimpi Fira.'
'Dah laa, Fira dah takde. Untung kau dapat mimpi dia. Aku rindu dia jugak.' Cak Aye membalas pandangan Nad.
Ben hanya tersenyum.
Mereka berjalan pergi.
'Fira, terima kasih. Aku rindu kau.' detik hati Nad.
'

No comments:
Post a Comment