Ben dah bersiap sedia dengan Fender Acoustic di tangannya sementara Nad masih lagi membetulkan tuning Ibanez kesayangannya. Apabila semua tali dah tune, dia menyimpan kembali tuner kedalam kotak kecilnya dan disumbat kedalam poket tepi beg gitar Ritternya.
Fira dah ready dekat drumset dengan drumstick diputar putar ditangan menghilangkan bosan. Cak Aye pulak dari tadi duk test mic. Testing 1,2,3. Testing testing.
'5,6,7,8..'
Tali Fender dipetik untuk solo dan diikuti Ibanez oleh Nad. Lebih kurang satu rangkap solo dimainkan Ben, Fira mula membuat rolling diatas Pearl drumset. Memang drumset kesayangan lah. Dah sampai maasanya, Cak Aye mula menyanyikan lagu 'Trish'.
Boonga Muzic Studio bergegar lagi dengan dentuman drum dan diharmonikan dengan gitar dan lirik lagu.
'Cantik! Perfect.' Ben tersenyum.
'Korang dah penat belum ni? Aku nak balik lah rasanya.' Nad mula bertanya.
'Apasal awal sangat?' Fira mula berkerut tidak mengerti.
'Aku ada assignment tak siap lagi. Maklumla aku kan, memang buat kerja last minute.'
'Hah, yelah kau. Kau yang buat kerja last minute, kitorang yang tak sempat nak duduk sini lama lama.' Cak Aye mula bersuara.
'Hahaha. alaa, lain kali kan ada masa lagi. Korang jangan la risau sangat.' Nad sengih macam kerang busuk.
'Jap, sebelum balik jom pekena Nando's dulu.' Fira memberi cadangan. Memang kerja makan aje dia ni.
'Bolehlaa. Aku pun lapar ni.' Cak Aye dan Ben mula berkemas semangat nak makan Nando's.
Semua keluar daripada studio. Fira ke kaunter untuk membuat bayaran pada cashier.
'Takpela, Fira. Tak payah bayar. Uncle kau kata kalau kau orang datang sini tak payah bayar pun.' Rusli buat muka seposen.
'Eh. Mana boleh macam tu, business kan? Kenala bayar.' Fira menolak pelawaan Rusli.
'Takpelaa, Fira. Uncle kasi kau orang guna free je. Lagipun uncle ni pakcik kau jugak kan.' Uncle Shamsul muncul dari belakan kedai.
'Eh, uncle. Assalamualaikum. Oklah macam tu, Fira pergi dulu ya.' Mereka berempat melambaikan tangan pada Uncle Shamsul.
*************
'Hah, nak makan apa?' Cak Aye mula nak memesan pada waiter.
'Macam biasalah, Peri Peri Chicken. Yang lain' Nad mula memesan.
Setelah semua memesan menu makanan mereka, masing-masing mula on kan telefon. Sekarang, zaman internet. Fira mula bukak blog Bakal Doktor. Cehh.
*************
Persoalan yang muncul dekat sini ialah, Eh, main alat muzik bertali dan meniup haramkan?
Aduh, aku sendiri bukan pakar sangat. Tak banyak mana ilmu mana.
Tapi ini mengikut apa yang aku tau lah.
Terdapat DUA Khilaf Ulama' iaitu HARAM dan HARUS.
Jangan kita bertelagah dalam hal yang khilaf. Kita kena berlapang dada. Kecuali dalam bab yang tiada khilaf, barulah ktia boleh bertegas, contohnya Arak itu haram, tiada khilaf.
Sebahagian Ulama' ambil Nas dari hadis, sebahagian yg lain ambil Nas dari Al-Quran..
Hujjah yang HARAM:
Antara alat muzik yang sering digunakan dalam mendendangkan sesebuah nyanyian ialah gitar. Namun, penggunaan alat muzik berkenaan atau bertali dan seumpamanya menjadi perselisihan pendapat ulama sejak dulu lagi. Antara mereka ada yang mengharuskan dan ada pula yang mengHARAMkannya berdasarkan hujah masing-masing. Bagi golongan ulama yang mengharamkan alat muzik berkenaan, hujah mereka bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam. Dia memerintahkan aku menghapuskan al-Mazamir (alat muzik yang ditiup seperti seruling) dan al-kabarat (gambus dan alat muzik bertali) serta berhala yang disembah di zaman jahiliyyah." (Hadith riwayat Ahmad)
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pengharaman alat muzik bertali dan ditiup dengan mulut kerana ia menjadi simbol kepada golongan peminum arak pada masa itu. Oleh itu, alat muzik berkenaan diharamkan berikutan pengharaman arak dengan tiga sebab. Pertama, peminum arak lebih bernafsu seronok apabila mendengar muzik itu. Kedua, mereka yang berhenti minum arak akan mengingati semula kenangan ketika minum arak dan boleh membangkitkan rasa rindu untuk mengulangi tabiat lama. Ketiga, berhimpun dan berkumpul mendengar hiburan dan muzik adalah kebiasaan perbuatan orang fasik. Pengharaman itu berdasarkan kepada tegahan Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menyerupai sesuatu golongan yang negatif (melakukan perkara dilarang) kerana dia akan dianggap sebahagian daripada golongan itu.
Hujjah yang HARUS:
Golongan ulama yang mengHARUSkan penggunaan alat muzik pula, berpendapat bahawa setiap sesuatu perkara hukum asalnya adalah harus. Ia berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:29 yang bermaksud "Dialah Allah yang menciptakan untuk kamu setiap sesuatu yang ada di bumi." Oleh itu, pengharamannya bukan disebabkan oleh zat alat muzik berkenaan yang bertali, kerana ia menghasilkan bunyi yang baik dan menyeronokkan. Mengikut rumusan yang diperoleh melalui sumber hukum membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal, kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia. Firman Allah surah al-A'raf :32 yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad); Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-Nya, dan demikian juga benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakan-Nya?
Kedua-dua khilaf tersebut boleh diamalkan. Wallahua'alam~
*Kalau main alat muzik seperti gendang yang tidak ditulis hukum HARAM sampai tertinggal solat, jatuh hukum HARAM juga padanya. Kerana melalaikan. Jadi, main dengan niat belajar. Bukan niat bergembira sehingga lupa segala-galanya.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment