Friday, May 16, 2014

Sentap

kredit


Kredit kepada Encik Fesbuk. Aku jumpa benda ni. Pehh, panas baca.


Satu : Sebab aku perempuan. So rasa macam bapak kesian perempuan diperlakukan sebegini. Nak tumbuk sepak pun pegila tumbuk sesama jantina.

Kedua : Bila dah baca sampai nak habis, orang ketiga tu kurang ajar sangat. Bukan nak tolong, boleh bertanding pulak.

Ketiga : Derr, adik kau? Kau tak layak jadi abang dia kalau kau sekadar tengok je.

Keempat : Bila baca sampai habis, pehh, sentap. Aku rupanya orang ketiga tu.


Terus marah dari yang pertama sampai ketiga tu lenyap. Tapi, marah pada diri sendiri yang tak sedar lagi. Tak sedar bahawa mereka perlukan pertolongan kita. Sekarang baru nak sedar. Sekarang baru nak terasa.


Nad tersandar tepi katil sambil membelek belek account fesbuknya yang agak dah lapuk dah berhabuk tu. Bila jumpa artikel atas tu terus ditunjukkan pada Ben.

'Woi Ben. Ce kau baca ni. Sentap aku baca.'

'Mende gok mung ni.'


Ben ambik fon Nad dan terus baca. Fokus baca. Tapi bila dah habis baca, muka pelik keluar.

*Gulp


Apakah? Gua terasakah ni? Ben merenung jauh.

'Dah bak sini fon aku balik.' Nad memecahkan kesunyian.

'Nad, kau rasa apa bila baca tu?'

'Entahlah weh. Nak aje aku pergi buat bantuan kemanusiaan. Tapi macam apa je yg aku boleh tolong.'

'Takpe, tolong dalam doa pun boleh Nad.'


********


Fira dengan Cak Aye tengah order chatime satu sorang. Yang Fira memang konfem beli Horlick Ice. Cak Aye pulak tak habis habis dengan Passion Fruit dia tu. Kegemaran la sangat sampai sabun mandi pun passion fruit wahaha.


Sambil duduk berdepan dalam Nando's dekat hujung penjuru yang kosong sikit. Dah pening dengan ramai sangat orang dekat kolej.


Pening dengan bau formalin jugak tadi dekat lab masa tutorial.

Nad order Peri Peri Chicken dan Cak Aye pulak order Chicken Strips and Rice. Nilah bila lepas lab je, mesti nak makan dekat Nando's. Masing masing kelaparan.

'Yes, dah sampai pun food kita.'

'Haah, cepat betul servis. Alhamdulillah, aku lapar dah ni.'

Nad dengan selama nak makan terus. Tangan dah pegang ayam.

'Woi, Nad. Dah tak reti baca doa ke kut ya pun lapar?'

'Eheh, sorry la. Jom.'

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma bariklana fima razaktana waqina 'azabannar.

Aamiin.


'Ha kau! Syoknya makan sampai tak sedar aku sampai eh, Nad.' Fira dan Ben tersengih macam kerang busuk lepas memeranjatkan Nad yang syok sangat makan.

'Tak baik lah kau Fira, Ben. Nasib baik aku tak tersedak tulang ayam ni. Kalau makan kacang dah lama tersedak.'

Hahahaha. Semua tergelak macam baru lepas jumpa Mr. Bean. Eh, memang jumpa Miss Ben. Hahaha.


Fira dan Ben ambil tempat duduk dekat meja Nad dengan Cak Aye. Terus order makan jugak.


'So, amacam? Usrah kita malam ni jadi tak?' Cak Aye memecah kesunyian.

'Jadilah, takkan tak jadi pulak. Semua mad'u yang lain dah ready katanya. Malam ni antara maghrib isyak.' Fira memberi keputusan muktamad.

'Ada soya bean tak kat sini? Aku nak laaa.' Ben tak pasal pasal sebut pasal soya bean.

'Ya Allah dia ni tak habis habis soya bean dia. Nanti kita carilah kat kedai sebelah sebelah.' Cak Aye memberi cadangan.

'Apa yang kau baca tu Nad?' Ben bertanya.

'Ni haa, belog budak doktor. Macam best je. Ada nama aku pulak tu. Wahh. Best pulak belog ni.'

*Eheh, entap apa apa. Puji belog sendiri.


Bila semua dah siap makan, mereka beredar dari situ.


Dalam kereta, dengar azan. So, stop dekat Forever 21 dulu lah. Solat. Dekat sini, susah nak jumpa masjid, surau. Kalau nak solat pun dekat shopping mall. Ambik wudhu' dekat toilet lepas tu biasanya singgah fitting room forever 21. Ambik baju, acah acah nak try tapi masuk fitting room solat. Hostel jauh lagi nak sampai.

Masuk je mall, nampak ada mak cik ni, macam kesian je. Tak tau kenapa kakinya berbalut. Luka agaknya.


Nak biar ke nak tolong? Tapi teringat kisah dekat fesbuk tadi. Tolonglah. Dapat saham pahala nak masuk syurga.


'Assalamualaikum.' Fira menyapa.

Pakai tudung. Islam kot.

'Waalaikummussalam.'

'Are you okay? Can I help you?'

'Im okay. But can you help me dress this wound?'

'Oh, yes.' 


Nilah masanya nak mempraktikkan ilmu ilmu yang aku dah belajar masa sertai BBulan sabit Merah Malaysia dulu. Certified First-Aider kot. Eheh, terbajet pulak.

Balut punya balut. Cantik dah kaki mak cik ni aku balut. Boleh tahan jugak ilmu aku yang dah berkarat tu. Chewah.


*******

Hidup ni banyak cubaan musibah. Depan mata je. Tanpa kita sedari, kekayaan juga dugaan untuk kitta. Allah nak test kita sama ada kita bajet tak dengan kekayaan kita, kepandaian kita. Riak ujub takabbur tu muncul tak?

Kita je tak sedar. Tau tau nak accuse Allah ni taknak bagi apa yang kita nak.

Bukan apa, Allah bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak.

Boleh jadi apa yang kita mahu itu buruk bagi kita dan apa yang kita tidak mahu itu baik bagi kita.


Sebagai contoh, pasangan couple ni. Dah tau couple haram, bercouple jugak. Aisehman.

Okay ceritanya begini, Si Lelaki sedih tahap gaban (bukan gabbana ye) bila Si Perempuan mintak clash. Maklumlah, Si Perempuan ni cantik jelita, memang rugi la kalau terlepas.

Tapi, fikir tak mungkin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Disitu kita nampak Si Lelaki tu tak bergantung pada Allah. 


Lagi satu macam tadi, ada orang sakit. Tu pun dugaan untuk kita. Kita nak tak tolong orang tu.
Kalau rasa takde masa tak sempat nak tolong, percayalah Allah Maha Kaya. Boleh je Dia bagi masa panjang pada kita sekadar nak tolong orang sakit.



So, macam tu lah kehidupan kita. Sentiasa bersyukur dan beramal soleh. Amal makruf nahi mungkar kata kau!

Okay bai. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment