Ni entri berdasarkan pengalaman aku mengenali diorang ni.
Nad dengan Fira ni memang kawan baik sejak dulu.
Tapi hidup dua dua ni beza. Nad hidup dalam kemewahan sebab mak dia ada business sendiri, ayah dia ada syarikat penerbitan sendiri.
Tapi Fira hidup sederhana. Mak ayah dia tak sehebat mak ayah Nad.Cuma satu kelebihan Nad ni, dia rajin belajar dan selalu dapat straight As la dalam ujian. Dia selalu fikir macam mana nak sambung belajar kalau takde duit. Yelah, nak masuk universiti yurannya, mak aii, terbatuk jap. Tapi dia selalu berfikiran positif.
Aku tabik la dengan si Fira ni.
Sedihnya, Nad belajar agama sekadar subjek Pendidikan Islam dekat sekolah je. Fira pun tak tinggi mana ilmunya, tapi Fira tinggal dekat asrama, so banyak jugak la yang dapat dia belajar walaupun bukan dalam subjek Pendidikan Islam. Nad pula tak tinggal dekat asrama, dan selalu keluar jalan jalan, tengok movie dengan boyfriend dia.
Fira dah lama rasa bersalah nak tegur si Nad ni. Tapi masih mencari cara nak tegur supaya tak terasa hati pulak si Nad ni. Nak tegur kena la berkias sikit. Kalau nak tegur straight tu utk orang yang dah tak faham bahasa je. So, rasanya si Nad ni masih faham bahasa.
One fine day, chewahh ayat mat saleh pulak. Fira dapat tahu Nad dah berubah setelah lama tak dapat berhubung sebab Nad tukar number phone dan Fira pulak sertai kem Bahasa Arab selama dua bulan. Bila dapat contact balik, Nad dah berubah. Dah mula pakai tudung, dan pakaian sopan.
Alhamdulillah kan.
Rupanya Nad dah clash dengan boyfriend dia, tapi dah ada boyfriend baru. Boyfriend baru dia ni laa yang dakwah dekat dia suruh tutup aurat.
Aku sendiri tak tau macam mana dia berdakwah. Haha.
Sehingga hari ni, makin lama Fira rasa Nad lebih banyak ilmu daripada dirinya sendiri. Fira bersyukur sangat dapat jalankan kerja kerja dakwah dengan Nad samada online ataupun onEarth.
Tapi.......
Suatu hari Nad menasihati geng geng usrahnya termasuk Fira laaa mad'u nya, supaya tiak mengupload gambar ke laman sosial sebab lelaki ni, bukan setakat pandang yang terbuka, yang tertutup pun dipandang.
Ada laa satu screenshot yang dibaca Nad, berbunyi seperti ini,
"I always stalk my female FB frens. They love to upload their pictures. and I love to scan their face and bodies."
"I dont care of what they wear, i dont care they are hijabis or niqabis. I dont care if they just upload pic of their back, or hand, or eyes or their side. I dont care if they take pic w frens or very small pic. Cz i see more than that."
"U might think that i'm gila sex pnye org. but i cnt see women bodies if they put pic of car, trees or stone. I am just a NORMAL guy. there a lots of ur male frens r more extreme thn me. All guys see what i see. It is just u who fool."
"Tutup aurat ke pakai sarung tangan ke. Kalau kau upload gmbr, aku tgk la. mana2 pmpn yg upload gmbr tu sama. Tkde yg aku tk pnh teroka. Ckp aku mcm2. Kau yg bagi, lelaki mana nak tolak. Kau igt lelaki hitam dahi tu tkde nafsu?"
And sambungannya, dah tak jumpa. Okay tak kisahlaa.
Jadi Fira pun delete semua gambar dekat FB, twitter, wechat whatsapp, line, semua laaa. Dah takde gambar. Tapi dari dulu, si Nad ni tak padam padam pun gambar dia dekat laman sosial. Okay la husnudzon, mungkin dia friends dengan perempuan je kot. Yang follow dia semua perempuan kot. Tapi masalahnya tak, yang follow dia, friends dengan dia ramai lelaki. So??? Entahlaa.
Satu hari, Nad keluar dengan Fira pergi jalan jalan. Okay, Fira terkejut dengan Nad atas suatu sebab.
"Nad, jom duduk sini jap."Fira ajak Nad duduk dekat satu sudut dalam Nandos.
"Kau kenapa? Penat ke"
"Aku sebenarnya dah lama nak ckp ni, tapi tunggu masa yang sesuai." Fira tengok sekeliling cehh macam ada spy je. Lepas tu ditenungnya Nad dengan matanya yang tajam, chewahh.
"Woi, kau pahal pandang aku camtu Fira?" Nad melipat lengan bajunya makin tinggi dah nak kesiku dah.
"Senyap senyap. Shh.."
"Apahal??" Fira memegang tangan Nad.
"Ni cantik tangan kau tunjuk dekat orang semua. Amacam??"
*Gulp
Conclusionnya:
1. Nad dengan Fira ni bukan sesiapa sebenarnya. Hanya watak yang dibuat.
2. Cerita ni tak betul pun. Cuma yang betulnya persahabatan antara dua orang ni.
3. Tiada sambungan. Hanya untuk mengingatkan kita semua supaya istiqomah.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment